Thursday, 7 December 2017 @ 10:25
Aku tak rasa aku perlu atau aku patut bercerita tentang ini sekarang. Langsung tak relevan. Meskipun masih dalam fasa move on, menyedari hakikat ketika aku dibutakan angan, bukanlah sesuatu yang dapat aku teruskan tanpa memusnahkan benteng yang aku bina selama ini.
Kenapa aku gagal membuka pintu hati sendiri?
Haruskah aku goyah dengan imej yang aku sendiri cipta?
Bertahun-tahun aku yakin bahawa aku bukanlah pilihannya. Berkali-kali aku nafi kalimat yang kubaca. Namun dalam masa yang sama aku terpuruk rindu mengarang puisi memujuk hati. Ya, paradoks adalah peganganku.
Sesalan yang baru saja menjengah, menjadikan aku hampir gila. Mengapa?
Kerana rendah diri, aku langsung tidak berpaling padanya. Tanpa aku sedari, dia bersedia menghulurkan tangannya. Ya, dansa itu seharusnya milik kami berdua.
The worst part? I don't even have the chance to make this right anymore.
Ruth B - If By Chance |