Wednesday, 17 April 2013 @ 02:38 Ceritanya, jangan nak taruh harapan pelikpelik kat aku. Aku pun tk suka nak bagi harapan. Aku suka hidup sensorang. Jangan berani kongkong aku. Jangan cabar kesabaran aku. Jangan fikir nak paksa aku. Jangan bagi sebab untuk aku jadi kejam. Kau bukan sesiapa. Aku pun tk kan buat semua ni pada kau. Kita tak ada hubungan sah untuk buat semua tu. Katakan aku komplikated. Kompleks. Ya, sebab kau tk faham aku. Kita borak harihari, tk bermakna kita saling memahami. Aku suka bercerita, tapi bukan segala cerita kau tahu. Ada yang lebih baik disimpan saja. Jangan buat aku rasa superior, itu sebab utama aku boleh undo rasa suka aku. Aku tk nak jadi dominan. Jadikan aku katalis. Mulut aku ni ada puaka. Kalau hati tk kental, fikir banyak kali kalau tk nak histeria. Alkisah, ada seseorang yang serasi dengan aku. Aku tk pernah rasa sakit hati dia telefon harihari. Bangun tidur, rehat, nak tidur. Kenapa? Aku pun tk tahu. Yang aku tahu, dia selalu buka minda aku untuk melihat sesuatu dari pelbagai sudut. Not a sweet talker, I guess, but always says the right words for me (or everybody) need to hear. Lullaby. Satu dalam seribu. Namun soal jodoh bukan kuasa kita. Biasalah, macam chewing gum. Memula je manis, berangin, kool kool gitew. Dah digaul dengan saliva yang tawar tu hilang jugak rasa dia. Gampang betei memalam cam ni nak ingat pulak. Kisah lama tk usah diungkit, bro. Ah, saja. Bagi contoh kehidupan. Ewah. Cemana pun kita suka, kena ada waspada. Cemana pun kita sayang, kena ada sempadan. Cemana pun kita benci, kena ada toleransi. Cemana pun perasaan, kena ada batasan. Letakkan benteng dalam soal perhubungan, barulah hati tu terjaga. |