Saturday, 17 March 2012 @ 05:50
sebelum-sebelum ni aku ada post pasal fobia kan. macam-macam jenis pobia hado tapi aku cuma taip berapa je. huii manyak dohh pobia. meratus-ratus kalau nak taip semua alkisahnya tamat sudah riwayat aku.
jadi pada hari yang penuh barakah ni aku nak post pasal penomena pelik berkenaan hotak kita. kau ada otak tak? kalau ada alhamdulillah. kalau takde hah pandai-pandai la bawak diri terjun laut ya? bagus. pandai anak Ibu ni. muah sikit.
dalam dunia ni ada meratusriban lagi kemisterian yang menjadi rahsia Allah dan tak tercapai dek akal kita. SUBHANALLAH. kita ni hamba yang lemah. memang dah fitrah manusia macamana sekalipun kita tetap perlukan Allah. so apa-apa yang jadi, kembalilah pada Allah. ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. kan? hah dakwah sikit. almaklumlah kita ni kan khalifah. dakwah itu perlu. yeah.
jadi, apa topik kita? kalau kau ingat kau osem.
10. Déjà Vu
yang ni kita biasa dengar kan. sekolah rendah aku dah kenal perkataan ni. oh sungguh osem aku masa kecik. sekarang je lembab. haihh. hah deja vu ni adalah sesuatu perasaan seolah-olah benda tu pernah berlaku dalam hidup kita sebelum ni ataupun dirasakan berulang. bila deja vu ni berlaku biasanya kita akan rasa familiar, pelik, gembira dan pelbagai perasaan bercampur gaul. time tu jugak kita yakin pengalaman tu berlaku dalam mimpi tapi ada jugak yang rasa betul-betul berlaku dulu.
9. Déjà Vécu
sebut dia macam ni, vay-koo. yeah mulut moncong itik sikit koo. hah betul tu dia. haa, yang ni lebih kurang sama macam déjà vu dan orang yang mengalaminya pun rasa macam tu. bezanya peristiwa tu dirasakan dalam skop yang lebih terperinci - mungkin lengkap dengan bunyi atau bau sekali. dan korang juga dapat rasa apa yang berlaku lepas tu, dan ia benar-benar terjadi. contohnya bila korang tengah makan kat McD, korang rasa macam pernah alami suasana tu. memang perasaan tu kuat sangat sampaikan tiba-tiba pop out korang rasa yang lepas ni Ian Somerhalder dengan awek dia Nina Dobrev akan makan sebelah meja korang. tuptup 5 minit lepas tu betul diorang sampai. hah. pernah alami tak?
8. Déjà Visité
hah, tengok nama pun tau. visit. tentulah berkenaan jenjalan. penomena ni jarang sangat berlaku. aku pun tak pernah alami lagi. penomena ni berlaku bila korang melawat sesuatu tempat tu, yang korang tak pernah sampai, tapi korang tahu betul tempat tu macamana. contohnya, Nathaniel Hawthorne dalam buku beliau “Our Old Home” menerangkan tentang pengalaman dia melawat sebuah istana lama yang dah musnah, tapi dia dapat melawat dengan senangnya kawasan tu. maksudnya dia tahu susun atur istana tu. dia pun pelik jugak. tapi lama lepas tu dia tahu yang sebenarnya puisi oleh Alexander Pope yang dia dah baca bertahun-tahun sebelum tu di mana istana itu memang diceritakan dengan tepat.
7. Déjà Senti
ni pun berkenaan "macam pernah rasa sebelum ni tapi di mana ya?" jugak. tapi ni jarang jugak berlaku dan lepas tu korang takkan ingat dah pun. hah. lebih kurang macam ni la. benda tu pernah berlaku, tapi korang dah lupa dah tak ingat dah pun perkara tu. tapi bila ada sesuatu yang berkaitan berlaku, contohnya ada orang sebut something atau korang tengok, baca kat mana-mana ke, even benda yang korang pernah fikir je, korang pun sebut la satu ayat ni. tiba-tiba korang rasa macam, "eh, apa aku merepek ni?" haa. korang memang tak dapat kenalpasti pun perkataan yang korang sebut kejap tadi. opekos korang rasa heran tapi masa tu korang yakin yang ayat tu la yang pernah keluar dari mulut mungil korang dalam situasi yang sama sebelum ni.
faktanya, kita rasa masa tu kita cakap kan, tapi sebenarnya tak pun. perasaan korang je. itulah yang kita panggil déjà senti.
6. Jamais vu
hah yang ni berbeza sikit. penomena ini dikatakan bertentangan dengan deja vu kerana seseorang tu tak perasan pun yang dia ada memori tu. biasanya terjadi bila korang tak kenal orang, perkataan ataupun tempat tu padahal korang dah pernah jumpa dah. Chris Moulin, of Leeds University meminta 92 orang sukarelawan tulis perkataan "door" 30 kali dalam masa 60 saat. hasilnya menunjukkan 68 orang daripadanya meragui sama ada perkataan tu betul atau tidak. mesti korang pernah rasa kan? aku selalu. haha dan kajian ni menyebabkan Moulin ni fikir jamais vu ni mungkin disebabkan oleh keletihan otak. eh? selama ni otak aku bekerja ke? tak pun dah tepu lebu sangat kot lama tak guna. hahaha
5. Presque vu
haaa yang ni memang selalu sangat lah berlaku kat aku. maksud "presque vu" ni ialah "almost seen". lebih kurang macam bila korang tengah jawab exam ni, tiba-tiba korang lupa apakah maksud "fishmonger" dah mula la halaahhh halaaahhh tuu tuuuu apa halaaa tu laaa tu tuuuuuu dah kat hujung lidah dahhh. hah sampai ke sudah tu tuu tak keluar-keluar jugak hapa benda. sama jugak time tengah syok bercerita, nak sebut satu benda ni memang dah nampak dah bayangan tu tapi humphhh memang kat situ je la bayang-bayangnya. sakit hati kan? sangat..
4. L’esprit de l’escalier
hah yang ni pun selalu jugak berlaku kat aku dulu. dulu la. sekarang insyaAllah la tak. aku juga sangat yakin hal ini selalu berlaku kat sesiapa sahaja. hohoho L’esprit de l’escalier ni juga ditranslatekan sebagai stairway wit iaitu contohnya bila korang mengalami suatu peristiwa lucu ataupun korang kalah dalam arguement ataupun korang dihina, korang tak dapat jawab time tu tapi idea tu datang lepas benda tu berlaku. masa tu mula la menyesal kenapa laaaa ayat ni tak keluar tadiii. kan? haaa. katanya omputeh "being wise after the event" aku rasa korang paham la macamana kan. booo to yourself booooo. hahaha
3. Capgras delusion
yang ni gila sikit. banyak kot. iaitu tiba kau rasa yang famili kau, sohabat mahupun jejiran kau ni sebenarnya bukan diorang. macamana kalau mereka ni semua sebenarnya bukan diri mereka? tubuh badan mereka telah diambil alih oleh suatu kuasa mistik dan selama ni terlibat dalam segenap aspek hidup kau. biasanya berlaku pada orang yang mengalami schizophrenia iaitu kesukaran untuk berfikir dengan logik serta xdapat membezakan antara realiti dan fantasi. kesian..
2. Fregoli delusion nama fenomena ni diambil sempena pelakon Itali, Leopoldo Fregoli yang terkenal mampu bertukar watak dan appereance dengan pantas dalam satu persembahan. hebad kan dia? tahun 1927, ada kajian seorang wanita 27 tahun yang percaya dia dianiaya oleh dua orang pelakon lelaki yang selalu dia jumpa kat teater. dia rasa dua orang inesen tu sebenarnya makhluk lain yang sedang mengintip dia, dalam bentuk orang yang dia kenal. biasanya Freguli delusion ni berlaku seiring dengan paranoia. tau la kan apa benda tu. tak heran la kan. 1. Prosopagnosia
yang ni aku tak pernah rasa jugak macamana. ia dikatakan keadaan bila seseorang tak cam orang ataupun benda yang sepatutnya diorang tau. tapi diorang boleh guna pancaindera lain untuk cam ciri-ciri lain contohnya bau, bentuk, warna ataupun gaya jalan. fenomena ni sebenarnya satu disorder ya bermakna ia tidak normal. alaa contohnya macam dia tak tahu tu kereta tapi bila dia nampak ada 4 pintu dia pun ingat yang tu kereta. lebih kurang begitulah ya. dan fenomena ini juga telah ditulis dalam sebuah buku pada 1998 kemudian diadaptasi ke opera oleh Micheal Nyman bertajuk "The Man Who Mistook His Wife For A Hat"
hah agak-agak faham tak apa yang tulis ni? harap faham la ya. penat belikat aku taip ni.
sekian saja dari saya. banyak benda aku nak post ni. tetiba banyak pulak info. stay tune. |