let's not think about it.
Saturday, 10 December 2011 @ 16:55



setelah aku diminta, didesak, diugut, dirasuah, dicaci! dihina! dikaki! oleh seorang bapuk, aku terpaksa menurut perintahnya, bimbang nyawanya terancam gara-gara ketidaksabaran dirinya menunggu aku mengepost sambungan entry hari tu.

nah, pada hari ini, saat ini, jiwa aku dengan sehalusnya menaip baitbait romantis dan puitis tentang beberapa jenis fobia yang kewujudannya membuatkan aku rasa, hah?



Cacophobia - takut akan kehodohan


merupakan ketakutan, kegelian dan rasa kekakian yang melampau terhadap benda2 hodoh. tidak kiralah orang ke, natang ke, pokok ke. asal nampak hodoh, kefobiaan akan berlaku. biasanya berlaku pada perempuan, tapi aku rasa lelaki lagi ramai kot. sebab mereka kelihatan sungguh xsuka perempuan yang low profile macam aku. punca-punca mungkin disebabkan oleh trauma yang dialami masa lampau. dilahirkan dengan kecacatan, atau tanda lahir yang hodoh, atau terserempak dengan Kak Limah ketika pulang mengaji, ditegur kuntilanak ataupun beliau sendiri sungguh tidak menggiurkan ketika zaman kanak-kanak. fobia ini dikatakan sangat sinonim dalam kelompok beauty-obsessed, sama ada mereka menghidapinya atau tidak.

Catoptrophobia - takut cermin


xsangka pulak aku fobia ni ada. tapi bila aku google-google, fobia ni pun ada tahap dia. seseorang penghidap tu mungkin rasa takut pada sebahagian cermin saja. paling teruk dia memang xboleh tengok cermin langsung. bahaya, bahaya. diorang rasa ada benda sedang memerhati dari dalam cermin tu, ataupun jika mereka melihatnya lama-lama, perasaan seperti ada tangan yang akan keluar dari cermin tu, pegang diorang punya muka slow-slow, lepas tarik masuk dalam cermin!! gila. diorang ni main Bloody Mary ke dulu? ada jugak yang cakap, satu hari dia tenung muka dia dalam cermin lama-lama, tiba-tiba muka dia jadik buruk gila! lepas tu memang dia xnak tengok cermin lagi dah. tapi aku rasa budak zaman sekarang dah xde fobia ni. bukti? lihat dalam friendlist FB anda, berapa ramai yang self-cam? (tak termasuk aku)

Chrometophobia/Chrematophobia - takut duit


mak aii, ada jugakk fobia nih. tapi aku xrasa benda ni comomn phobia. aku cukup yakin. aku xdapat kenalpasti siapa yang biasa menghidap penyakit ni. yang pasti bukan pisau cukur ataupun gigolo. diorang takut dengan duit  bimbang salah pengurusan. diorang rasa duit ni ibu segala kejahatan ataupun "The Root of Evil" mereka sungguh nebes melihat duit. seperti perasaan aku melihat duit berkilo-kilo dalam ATM. perbezaannya diorang kalau boleh langsung xnak hidup diorang berkaitan dengan duit. tapi masalahnya sekarang no money shut up la kan. chromophobia xde? fear of google chrome :D



Gamophobia - takut nak kahwin


aku dapat rasakan penghidap fobia ni rata-rata Androphobia dan Venustraphobia. korang xrasa ke?? mungkin xsemua. mungkin ada yang normal, cuma mereka takut nak kahwin. aku rasa benda ni mungkin dialami oleh janda/duda hot yang sekian lama menyendiri. tidak syak lagi. mereka beralasan belum bersedia, jodoh xpanjang bla bla bla. hakikatnya mereka mengalami fobia ini! yeeeeha! wah, sungguh yakin aku berbicara. tapi kan, aku xtahu la benda ni apply tak dekat suami yang ada bini tapi takut nak mintak kahwin lagi.

Hippopotomonstrosesquipedaliophobia - takut perkataan yang panjang


jadah mana la yang bagi nama ni. diorang xrasa ke nama phobia ni pun dah buat si fobia makin fobia? yang xfobia pun boleh jadi fobia. punya lah susah nak jumpa info pasal fobia ni. fobia ni lagi profesional disebut Sesquipedalophobia. asalnya pulak dari perkataan sesquipedalian yang bermaksud perkataan yang panjang. Hippopotomonstro ditambah sebagai metaforikal terhadap fobia ini. Hippopoto itu badak, monstro itu monster. haaaa, nampak tak unsur metaforiknya kat situ? sooooo, dalam erti kata lain, maknanya, "superdupergedabakbadakbesargilatakutkanperkataanpanjang" !!

Mageirocophobia - takut memasak


ooo, rupanya fobia ni ada..oooo...ketakutan ini biasanya berlaku kerana bimbang akan menyebabkan kecederaan ketika memasak, atau bimbang makanan yang dimasak itu tercemar, tak cukup rasa malah merasa takut untuk memulakan sesuatu resipi yang dirasakan rumit. mereka fikir makanan yang akan dimasak tu akan memudaratkan orang lain, ataupun dikutuk tidak sedap. fobia ini dilihat semakin ketara dialami oleh warga ibu yang baru menjadi ibu, mereka menginginkan hidangan terbaik untuk anak-anak mereka. hah, kau anak dara. xtahu masak jangan bagi alasan fobia pulak. kena cerai dek mertua kang.

Pediophobia - takut anak patung


anak patung ni bukan teddy bear, angry bird domo gomo tuhh. ni doll. huii, yang ni memang menakutkan. nak-nak doll yang boleh kelipkelip, jalan, ada suara, eww~ memang kalau aku jumpa xlama riwayat benda tuh. macam cerita Chucky tu, dalam Supernatural pun ada. xtakut sangat tapi still ew eww~ lagipun doll tu kan humanoid figure. xbaik untuk psikologi. Islam pun larang menyimpan benda yang menyerupai makhluk Allah.

Selenophobia - takut bulan


xdapat dihuraikan sebab yang logik dan munasabah apakah sebenarnya yang penghidap fobia ni fobia sangat dengan bulan. mungkin sebab fasa-fasa bulan tu kot menakutkan diorang. xpun diorang sebenarnya takut dengan bulan penuh. hah!! xsyak lagi mereka ni werewolf!! DAMON SALVATORE DARLING!! RUN FOR YOUR LIFE!!

Damon I lap yu muah mmuah ^^

tamat kisah romantik antara dua jiwa yang tabah menempuh cabaran yang mendatang..berdasarkan penerangan yang aku paham, aku sangat yakin dan percaya Bruno Mars langsung tidak mengalami fobia ini. tapi sebaliknya pula dengan Yuna, beliau berkemungkinan besar sedang mengalaminya setelah kecewa dengan bulan. dalam bahasa Greek, seleno tu maksudnya bulan. patutlah Selena Gomez bulat macam bulan :)


btw, sape tengok gerhana? Subhanallah! T_T

© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03