Sunday, 9 October 2011 @ 19:38
FOBIA. apa itu fobia yaa anakanakk ?? fobia itu adalah sejenis biskut kering yang dicipta untuk dicicah bersama kicap ketika bbq yeahh. huii pandaiii anakanak sekalian. meh nak com dengan kaki sikit dush dush dushh !
perkataan fobia diambil dari nama Dewa Yunani, Phobos yang takut akan musuhmusuhnya.
fobia ialah ketakutan terhadap sesuatu yang memaksa seseorang untuk terus mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya itu.
kategori fobia menurut buku Diagnostic and Statistic Manual for Disorder IV :
1. Specific Phobia - fobia secara khusus terhadap sesuatu
2. Social Phobia - fobia dalam suasana sosial
3. Agoraphobia - takut kepada tempat terbuka
fobia boleh dialami oleh apa saja dan pendedahan terhadap kefobiaan boleh meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung, tapak tangan berpeluh, panik, muka merah secara tibatiba, pening, terkucil ataupun separuh gila. tapi kalau anda lihat jiran anda sedang mengadakan acara baling perkakas dapur kepada suaminya itu bukan kerana dia fobia terhadap suami ya. abaikan saja mereka atau anda akan terlibat sama dalam acara itu.
ada banyak jenis fobia dalam dunia ini dan kalau disenaraikan pun anda mungkin mengalami fobia terhadap belogku aww kejamnya anda~ aku cuma senaraikan fobiafobia yang biasa kita dengar. jadi samasama lah kita bermuhasabah.
merupakan fobia yang ekstrem apabila terdedah kepada suasana yang melibatkan ketinggian, dengan perlindungan yang minima ataupun langsung tiada. mereka akan merasa sangat cemas dan terlampau takut untuk turun dengan selamat. walaupun cuma memanjat tangga untuk menggantung gambar di dinding. biasanya dialami oleh wanita, dua kali ganda bilangannya berbanding lelaki. ciss. mana ada, biasalah kita kena berhatihati, malang xdapat dicium. MWAHAHAHA
mereka yang menghidap fobia ini biasanya sangat alah kepada benda tajam seperti pensel, jarum, pointing finger atau hujung payung yang kedengaran sungguh xlogik tapi apakan daya itulah hakikatnya. aahh~
err, yang ni xdapat pulak aku nak huraikan. mungkin dia nampak lelaki tu macam haummmmm sangat kot. ngahahaha~ tapi biasanya dialami oleh orang yang mengalami trauma pada awal usia, contohnya dirogol atau didera.
hah, fobia ni bukan saja dialami oleh manusia, hewan pun ada. orang yang mengalami fobia ini mungkin kurang kefobiaannya jika ada orang lain bersamanya, tapi akan jadi lebih teruk jika keseorangan. mereka selalunya akan membungkus diri dalam selimut, menyorok dalam almari, melangsirkan tingkap (curtain the windows XD) ataupun tutup mata dan telinga. yang pastinya menutup mata telinga tingkap itu dilakukan oleh manusia ya, kalau anda nampak hewan anda melakukannya kebarangkalian untuk diserang sakit jantung adalah tinggi.
fobia ini mungkin dialami oleh lelaki dan wanita. takut dikelilingi perempuan cantik, ataupun hanya berada berdekatan dengan mereka. seseorang akan merasa tertekan dan mungkin panik dalam suatu keadaan bersama perempuan cantik. yeke lelaki pun ada pobia ni, macam mustahil je. ye dok ?
fobia ini boleh dialami dalam suasana yang dirasakan sempit sama ada berada di dalam lif yang penuh, bilik yang tidak bertingkap mahupun pakaian yang mencekik tengkuk beliau. apabila diserang panik, kebanyakan dari mereka akan menanggalkan pakaian kerana percaya ia akan mengurangkan perasaan itu. dan saat menaip ayat ini mindaku berimaginasi tinggi. WAHAHAHA
hah, yang ni biasanya dihidapi oleh lelaki. salah satu yang menjuruskan lelaki menjadi homo. err, sungguh menakutkan bunyinya.
ada beberapa tahap, yang paling teruk xdapat melihat walaupun hanya setitik darah. sertamerta tekanan darah akan menurun, kadangkala boleh menyebabkan pengsan. rasa pening, loya, lemah lutut, pitam ataupun menangis ! penghidap fobia ini biasanya akan mengalami fobia lain yang berkaitan. contohnya fobia jarum, fobia luka ataupun fobia doktor. hee~ :P
fobia ini agak sukar diterangkan. ia berkenaan dengan jiwa mereka sendiri. punca fobia xditerangkan secara khusus. mungkin kerana ditinggal kekasih atau mungkin merasakan mereka tidak layak untuk dicintai #rekaansematamata
apabila berada dalam gelap seseorang itu akan membayangkan sesuatu yang mungkin berlaku dalam gelap seperti ada orang jahat yang sedang bersembunyi atau mungkin ada hantu.
yang ni malas aku nak hurai. faham sendirilah.
fobia terhadap kenderaan yang laju, ataupun dibawa dalam kenderaan yang laju. takut untuk melintas jalan juga disebabkan oleh fobia ini. mereka cepat rasa loya, pening, atau mungkin menggila jika xdapat dikawal.
terlampau banyak fobia yang dialami dalam dunia ini. ini cuma sebahagian saja dan ramai dalam kalangan kita yang mungkin mengalaminya. jadi anda semua, adakah anda tergolong dalam salah satu fobia yang dinyatakan di atas ? aku punya dah tahu dah. heee ~
|