Monday, 11 July 2011 @ 02:07 bila difikirkan tentang sesuatu yang mungkin tidak pernah kita fikirkan, kita akan terfikir, kenapa xpernah kita fikirkan sebelum ini ? pada masa itulah kita mula memikirkan kembali apa yang telah kita fikirkan dan cuba menghuraikan apa yang menyebabkan kita terfikir tentang itu dan ini. percayalah. penyesalan akan muncul saat itu. wahh. sudah begitu lama tidak mengomel sedemikian rupa. owhh. kenangan masa lalu sedang mengusik jiwa menikam sanubari. kenangan masa kini cuba menghapuskan memori itu namun takkan kubiarkan !! manusia ni macam macam. kadangkala kita terhibur, biasanya buat aku rasa nak sembur. aku bukan perempuan yang mudah diperbodohkan, tapi aku jadi bodoh bila berhadapan dengan manusia yang sentiasa cuba memperbodohkan aku. bodohkan aku ? sentiasa mengabaikan perasaan sendiri demi menjaga hati orang lain. tapi malangnya, orang yang dipentingkan terusterusan mengabaikan kita. kita cuba penuhi permintaan mereka. sedihnya bila semua itu tidak berbaloi selagi kita belum korbankan apa yang belum kita lakukan. kita mungkin terpaksa kehilangan sesuatu yang berharga untuk memulihkan suasana. tapi sayang. mimpi sekadar mimpi. seharian hidup dalam penderitaan memburukkan lagi keadaan. aku dulu sentiasa bagi nasihat pada orang tentang itu dan ini. biasanya berjaya. ya. aku mampu sebab aku bukan mereka. tapi sekarang, bila berada dalam situasi yang sebegini, baru aku tahu betapa sulitnya situasi. aku bukan lagi Ratna yang teguh. aku kini seolah lapisan kaca rapuh menunggu masa untuk remuk. Jangan lafazkannya hasrat di jiwa Oh kerana ia kan menambah luka Biar ku sendiri mengubati hati Jangan lafaz kau sudah membenci Ku tahu dari gerak gerimu Adanya sesuatu mengganggu fikiranmu Ku tahu kau tak seperti dulu Masa telah mencemar Kemesraan kita Ku sedar sinaran kian pudar Hati semakin tawar Menguji kesabaran Namun ku sukar 'tuk melepaskan Andai kau ingin pergi Tunai permintaan ini Jangan lafazkannya hasrat di jiwa Oh kerana ia kan menambah luka Biar ku sendiri mengubati hati Jangan lafaz kau sudah membenci Tak ingin ku cuba 'tuk mengerti Berdepan realiti Kau tak cintai lagi Tak ingin tahu apa terjadi Kau dah punya pengganti Biar ku butakan hati Janganlah lafaz apa yang kau rasa Kerana semua sudah ku baca Tak usah kau ucap 'selamat tinggal' Pergilah jangan kau lafazkan berhenti permainkan hati aku. bila aku setia, aku lebih bodoh dari sesiapa sahaja. Labels: melankoli |